JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima lelaki dan menyita 28,000 liter diesel bersubsidi di Muara Sungai Paloh, Pasir Gudang di sini pada 12.30 tengah malam semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kelima-lima lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti pemindahan minyak secara haram di lokasi terbabit dan turut disita sebuah bot anchor, lori tangki serta kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta.
"Setibanya bot ronda APMM di lokasi tersebut, didapati bot anchor serta lori tangki berada berhampiran hos dan pam minyak yang bersambung antara satu sama lain... pemeriksaan lanjut mendapati bot itu dikendali tiga kru termasuk nakhoda yang daripada warga tempatan dan warga Indonesia berusia lingkungan 29 hingga 64 tahun," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata ketiga-tiga individu gagal mengemukakan sebarang dokumen mengenai muatan diesel yang dipercayai telah dipindahkan dari lori tangki di lokasi berkenaan.
Nurul Hizam berkata dua lagi lelaki yang ditahan ialah seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar, masing-masing berusia 48 dan 58 tahun yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda kerana disyaki terbabit dalam aktiviti itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 135(c) Akta Kastam 1967, Peraturan 18 Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan akta lain yang berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Turut disita adalah sebuah bot anchor, lori tangki serta kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta. - FB APMM
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024
Kementerian Kesihatan akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025,
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Empat warga Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan tempatan tanpa permit kerja sah
Sebuah bot nelayan tempatan pukat tunda kelas C ditahan APMM Pahang kerana tidak mempunyai permit kerja sah, pada kedudukan lebih kurang 23 batu nautika dari timur perairan Kuala Pahang.
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.